Assalamualaikum w.b.t
Setelah menjalani proses pertapaan yg meletihkan minda aku :p aku kembali ke pangkuan blog. Macam-macam yang terjadi sepanjang aku bertapa. Aku terpaksa kuatkan diri dan semangat aku. Selepas ini aku akan berlagak humble dan buat kepala sendiri kat opis. Maklumlah hari tu aku kena sound kaw-kaw sampai nak kena pukul. Tapi aku take it easy pasal aku pon bukannyer anak ayam yang dia boleh belasah sesuka hati mak bapak dia :p Tuhan itu adil kerana memberikan aku ujian begini. Kerana aku kenal siapa kawan-kawan opis yang boleh di percayai. Mak aku masih sakit dan di dalam proses akhir perubatan. Duit jangan ceritalah keluar macam air paip. Tapi mak ada seorang je. Kalau hilang mana aku nak carik gantinyer???
Anyway selamat pengantin baru kepada Pak Bear @ Afzal dan Dr. Najah. Hanya doa yang mampu aku kirimkan dan maaf kerana tidak dapat hadir. Dan selamat pengantin baru yang teristimewa daripada aku kepada Don Shay
@ Sharul dan Juju yang baru saja bernikah pada 07/05/2005. Kalau buat upacara pecah tanah tu pelan-pelan sikit ye bang, maklumlah tanah lembut :p
@ Sharul dan Juju yang baru saja bernikah pada 07/05/2005. Kalau buat upacara pecah tanah tu pelan-pelan sikit ye bang, maklumlah tanah lembut :p
Ok laa kawan-kawan aku dah nak start keje nih. Maklum laa kena carik makan kang kena ugut pukul lagi lak. Takpe....,tuhan kan ada. Tulang empat kerat aku takkan izinkan dia membelasah aku dengan senang-senang. Jangan ingat kau seorang boleh jadi samseng hanya kerana aku hanya menjadi seorang pelawak di opis.
P/S: I Luv U Sabrina..., semoga kasih kita berkekalan :p
No comments:
Post a Comment